Arkib

 

 

28 November 2003 - Dimaklumkan bahawa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PPTD akan diadakan pada 12 Disember 2003 (Jumaat) bertempat di Rumah Kelab PPTD pada pukul 8.00 malam. Sila hubungi Tuan Hj.Mustapa Meon di talian 03-26917827 untuk sebarang pertanyaan dan pengesahan kehadiran.

17 Oktober 2003 - Dimaklumkan bahawa Majlis Jamuan Makan Malam PPTD yang sepatutnya diadakan pada 10 Disember 2003 telah bertukar pula ke 19 Disember 2003 (Jumaat)bertempat di Putrajaya Ballroom, Putrajaya Marriott Hotel

17 Oktober 2003 - Dimaklumkan bahawa Majlis Jamuan Makan Malam PPTD yang sepatutnya diadakan pada 22 Oktober 2003 telah bertukar ke 10 Disember 2003 (Rabu)bertempat di Royal Ballroom, Ground Level, Palace of The Golden Horses (POGH). Masa 8.00 malam dan bayarannya RM 30.00 (jika bawa pasangan + RM 20.00). Jemputan VVIP: YAB Dato' Seri Dr Mahathir dan isteri serta Pak Lah dan isteri.

16 Oktober 2003 - Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih PPTD 2003 pada 6 November 2003 (Khamis) bersamaan 11 Ramadhan 1424H, jam 6.30 petang bertempat di Surau INTAN, Bukit Kiara. Sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Haji Mustapa Meon di talian 03-26930336.

25 September 2003 - Dukacita dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen DPA yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu ini (27hb September 2003) telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Harap Maklum.

25 September 2003 - Satu Majlis Jamuan Makan Malam PPTD akan diadakan pada 22 Oktober 2003 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Masa 8.00 malam dan bayarannya RM 30.00 (jika bawa pasangan + RM 20.00). Jemputan VVIP: TPM (Pak Lah) dan isteri. Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan majlis kita ini!

22 September 2003 - Dukacita dimaklumkan bahawa bapa kepada Encik Khairulizam Hj.Othman telah meninggal dunia pada pagi ini (22 september 2003) di Alor Gajah, Melaka. Ucapan takziah kepada beliau sekeluarga. AL-FATIHAH..

31 Ogos 2003 - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua rakan-rakan PTD

28 Julai 2003 - BERITA PERTUKARAN: Saudara Azora telah bertukar daripada INTAN Bukit Kiara ke pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Pahang pada 1 Julai 2003 yang lepas. Selamat bertukar!

31 Jan 2003 - Satu lagi perlawanan bolasepak telah di adakan pada hari Jumaat di antara pasukan PTD sesi 1/2002 dengan pasukan PTD sesi 2/2002 di padang INTAN Bukit Kiara. Kemenangan telah berpihak kepada pasukan PTD sesi 1/2002 dengan jaringan 3 - 0. Gol pertama telah dijaringkan oleh pasukan lawan sendiri. Manakala gol seterusnya telah dijaringkan oleh Saudara Amirul dan Saudara Arzi. TAHNIAH untuk semua pemain!

12 Jan 2003 - Satu perlawanan bolasepak telah di adakan di antara pasukan PTD2002 dengan pasukan BAR Council bertempat di padang INTAN Bukit Kiara. Perlawanan yang berlangsung pada pukul 5.30 petang itu telah berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pasukan BAR Council dengan jaringan 3 - 0. Menurut kata saudara Zainal, "walaupun tewas, skuad dpa1/2002 telah menunjukkan komitmen yg tinggi utk turun padang.Matlamat mereka bukannya nak menang tapi utk bertemu kembali dgn sahabat2 lama"

23 Dis 2002 - Seramai kira-kira 25 orang telah menghadiri majlis kenduri Saudara Khairulizam (Boyot) pada 22 Disember 2002. Majlis turut dikecohkan dengan kehadiran Penghulu Kursus DPA, Saudara Zamrud dan tunangnya Suhaiza. Selamat Pengantin Baru untuk Boyot and Mahathir! (Kenduri Mahather Smoh pun ramai yang pergi..)

21 Dis 2002 - Tahniah kepada Saudari Julia yang telah memenagi acara saringan Debat Bahasa yang berlangsung di Auditorium JPA pada 21Disember baru-baru ini. Kemenangan ini secara tak langsung telah melonjakkan nama beliau di JPA.. :-) Debat peringkat akhir akan diadakan pada 26 Disember berlangsung di tempat yag sama.

10 Dis 2002 - Kepada yang berminat untuk mendapatkan VCD Malam Bersama KSN bolehlah mendapatkannya daripada Saudara Afendy dengan harga RM 10. Beliau boleh ditemui di INTAN Bukit Kiara atau hubungi beliau di 012-4659573 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

30 Nov 2002 - Gambar PPK & PP bersama Pengarah UDPA, gambar sidang A dan sidang B telahpun dimasukkan ke dalam ALBUM. Utk berinteraksi sesama kita, sila masuk ke dalam Buku Pelawat dan klik MESSAGE BOARD

28 Nov 2002 - Gambar untuk sesi fotografi bagi sidang A dan B akan diedarkan sejurus selepas mendapat peruntukan sebanyak RM11 seorang daripada bendahari DPA, Saudara Nisra Nisran. Bagi Pegawai yang bertugas di negeri-negeri, gambar akan diposkan mengikut alamat yang diberikan dalam profail masing-masing.

Sebarang pembetulan atau pertukaran alamat/email hendaklah dimaklumkan kepada Syahnaz melalui telefon/email. Terima kasih di atas respon yang diberikan di dalam buku pelawat dan juga email :-)

Sila email no akaun Affin Bank anda kepada saudara Nisra Nisran di nisranisran@yahoo.com untuk beliau masukkan lebihan yuran DPA 1/2002 kepada setiap individu

23 Nov 2002- Sekalung penghargaan kepada Y. Bhg. Tan Sri Samsudin Osman yang telah merasmikan laman web ini pada 22hb November 2002.

21 Nov 2002 - Terima kasih diucapkan di atas kerjasama yang diberikan oleh para peserta untuk sesi fotografi Sidang A dan Sidang B yang telah diadakan di hadapan bangunan Imatec pada 20 November yang lalu. Tak lupa juga kepada pihak UDPA yang telah membantu Biro Penerbitan menguruskan penghantaran 'platform' untuk sesi tersebut.

20 Nov 2002 - Selamat bertugas diucapkan kepada peserta DPA yang bakal memulakan perkhidmatan mereka di tempat-tempat yang telah ditetapkan pada 25hb November nanti. Mudah-mudahan segala apa yang dipelajari di INTAN dapat dipraktikkan oleh kita semua