19 Mei 2005 - Selamat ulang tahun yang ke 3 kepada semua rakan-rakan batch 2002. Hari ini genaplah perkhidmatan kita sebagai penjawat awam dan sekalung tahniah juga kepada semua kerana telah mendapat kenaikan ke gred M44(KUP).
22 November 2004 - PPTD akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 26 November akan datang di rumah kelab PPTD (majlis akan bermula pada jam 8.00 malam). Majlis Makan Malam Tahunan PPTD pula akan diadakan pada 6 Disember 2004 di Palace of the Golden Horses (POGH), Mine Resort City mulai 8.00 malam. Tetamu kehormat adalah Y.A.B. Perdana Menteri dan isteri. Pakaian: Black Tie (Lelaki) dan bersesuaian (Perempuan). Semua pegawai dijemput hadir ke majlis-majlis ini.
12 Oktober 2004 - Takziah kepada saudara Aizal di atas kematian ayahanda beliau, Hj Anual pada 18 September 2004 yang lalu. Semoga Roh Allayarham ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan bertaqwa. Al-fatihah
8 Oktober 2004 - Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 22 Oktober 2004 bersamaan 8 Ramadhan 1425 di surau INTAN, Bukit Kiara. Semua ahli dijemput.
22 Mac 2004 - Takziah kepada saudara Sulaiman Yaacub bin Ayub dan Mohd Zawawi, di atas kematian bapa masing-masing pada 19 Mac baru-baru ini. Semoga allahyarham akan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan bertaqwa. Al-Fatihah.
22 Januari 2004 - Dimaklumkan bahawa Sesi Raptai Majlis Penyampaian Diploma INTAN 2002 akan diadakan pada 12 Februari 2004 (Khamis) mulai jam 8.15 pagi bertempat di Dewan Banquet, Bangunan IMATEC, INTAN B.Kiara. Majlis Penyampaian Diploma dan Penganugerahan Fellow INTAN 2003/2004 pula akan diadakan pada 14 Februari 2004 (Sabtu) di tempat yang sama. Harap Maklum.
|