|
Anything
could happen anytime... better express it before its too late..
eZZa menyanyi
kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak "kari
kapitan kepala ikan merah" kesukaan suaminya yang tercinta. Setelah
dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi
bersama tiga orang rakannya, petang ini pezaL, suaminya akan pulang.
Sengaja eZZa mengambil cuti kerja setengah hari.
Anak-anaknya,
Syima dan FadziL siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya yang terletak
tidak berapa jauh dari rumahnya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik
mungkin untuk peZaL, lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh
tahun itu, malah tiga hari lagi, genaplah tujuh tahun usia perkahwinan
mereka. Alhamdullilah, walaupun perkahwinannya dengan peZaL mendapat
tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya, ternyata eZZa tidak salah
pilih.
Ini semua
berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa
eZZa, anaknya yang berkelulusan universiti dan kini sebagai guru di
salah sebuah sekolah terkenal di Johor, jatuh hati dengan peZaL, yang
pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah.
eZZa faham, bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang
peZaL tidak akan dapat membahagiakan eZZa, anaknya yang Cuma seorang
itu, dengan gaji peZaL sebagai kerani. Tetapi eZZa sudah nekad. Dia
tahu peZaL bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita-cita dan matlamat
hidup yang tinggi. Buktinya, peZaL sanggup menghadiri kelas malam untuk
mengambil Diploma. Dan yang paling penting, peZaL menyintainya sepenuh
hati. Perlahan-lahan eZZa mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah
juga akhirnya. Dan dengan restu orang tuanya, eZZa diijab kabulkan dengan
peZaL dalam majlis yang penuh ceria.
"Assalamualaikum......",
Kedengaran suara memberi salam. eZZa tersentak. "Abang! Walaikumusalam...",
Senyumnya melebar melihat peZaL dibelakangnya. Tangan suaminya dicium
dengan penuh kasih sayang. Satu ciuman singgah di dahi eZZa. "Terperanjat
Za! Bila abang masuk? Za tak dengar bunyi pintu dibuka pun?" "Saje aje.
Nak suprisekan Za!", peZaL membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi
singgah dihidung eZZa. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi
yang selalu di pakai peZaL. Mungkin peZaL beli "perfume" yang baru dari
Penang, fikir eZZa. "Eh! Kata abang berangkat pagi ni, takkan baru pukul
dua abang dah sampai JB? Abang naik apa?" "By air...", ringkas jawapan
peZaL. "Habis kereta abang?" "Pada mofazha...", jawab peZaL. "Oh patutlah..",
eZZa hanya menganggukkan kepala. Dia kenal benar pada mofazha, salah
seorang rakan kongsi suaminya yang kini sebagai kontraktor kelas A.
Masa bertolak
ke Penang dua minggu lepas pun, mofazha menumpang kereta peZaL. Sementara
JaTt, rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu, menumpangkan abdul samad,
rakan kongsi mereka yang ke-empat. "Hah! JaTt tak ikut abang balik ke?
Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu....",
tanya eZZa. Dia sememangnya sudah masak dengan perangai jaTt, rakan
baik suaminya itu yang masih membujang. "Nanti dia datang.......", ujar
peZaL. "Mana budak-budak Za...?", tanya peZaL. "Ada dalam bilik..tidur.
Kepenatanlah tu.... main basikal satu hari." "Basikal?", tanya peZaL.
"Hah. ah. Ayah belikan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu..",
jawab eZZa sambil meletakkan milo ais kegemaran peZaL di depannya. "Abang
laparlah..belum makan. Za masak apa?" "Ah.... Za masak lauk favourite
abanglah...", senyuman eZZa meleret. "Kari Kapitan?", teka peZaL. "
Apa lagi......" "Bagus jugak tu... Za siapkan makan. Abang nak tengok
budak-budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang...." "Habis
dengan mamanya tak rindu ke?", usik eZZa. "Tersangatlah rindu.....",
jawab peZaL lalu mengucup dahi isterinya lagi.
eZZa tersenyum
melihat peZaL berlalu. Kasih-sayang yang sememangnya sudah berbunga
dihatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan peZaL yang penyayang.
peZaL terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi
pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat
ini mereka telah di kurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan
comel. PeZaL merenung kedua-dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Di
kucupnya pipi mereka bergantiannya.
Airmatanya
tiba-tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu
terjadi kepadanya? Itulah yang selalu peZaL fikirkan. Dia tahu, eZZa
seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti eZZa dapat
mengatasinya. Namun, nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung-jawab
menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian. eZZa masuk
ke bilik anak-anaknya perlahan-lahan. Sempat dia melihat peZaL menyeka
airmata. eZZa hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat peZaL menangis
selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu. Itupun
kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi
eZZa walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah eZZa "Bang...kenapa
ni...?" PeZaL mengangkat muka, memandang eZZa. "Za...kalau apa-apa jadi
pada abang, Za jagalah anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka
mendapat ajaran agama yang secukupnya...", ujar peZaL lembut. "Eh....apa
abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Za dah siapkan tue" "Za janji
dengan abang dulu....", rayu peZaL. eZZa merenung wajah suaminya.
Apa pula
yang tidak kena dengan peZaL hari ini. Tidak pernah seingatnya peZaL
berperangai pelik seperti ini. "Yalah...Za janji..", akhirnya eZZa bersuara,
tidak mahu memanjangkan teka-teki ini lagi. "Za...abang ada belikan
Za sesuatu....", ujar peZaL sambil menyeluk poket seluarnya. "Eh......gelang
zamrud....", senyum eZZa tatkala melihat seutas gelang tangan zamrud
yang berkilauan. "Za ingat tak gelang nie?". Gembira benar hati peZaL
melihat keriangan di wajah eZZa. "Ingat!!!!!?", tanya peZal lagi. eZZa
mengerutkan dahinya Sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak
ingat langsung akan gelang itu. "Masa kita pergi honeymoon di Penang
dulu. Dekat kedai emas di Komtar? Za suka sangat tengok gelang ni. Masa
tu, abang tak ada duit nak belikan untuk Za. Tapi abang janji pada diri
abang, satu hari, abang akan belikan juga gelang ni untuk Za. Kebetulan
kelmarin, masa jalan dengan JaTt, abang terpandang gelang ni. Gelang
inilah yang abang beli..."
Terpegun
eZZa mendengar cerita peZaL. Sungguh tidak disangka, setelah sekian
lama, peZaL masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak
pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya.
Kasih-sayang peZaL selama ini sudah cukup buatnya. "Terima kasih bang....",
eZZa memeluk suaminya. "Happy seventh anniversary sayang....I love you...I
love you….", bisik peZaL ke telinga eZZa. "I love you too..", balas
eZZa dengan penuh jujur. Air jernih mula berlinangan di anak matanya.
Dalam kesyahduan itu, kedengaran loceng pintu dipicit orang. "JaTt agaknya
tu....", bisik peZaL. "Tak pa. Biar Za yang buka pintu...", eZZa bangun
melepaskan pelukannya. "Za....",peZaL menyambar tangan eZZa. "I love
you... very much.....", peZaL mengucup tangan eZZa, penuh kasih. "Me
too..," jawab eZZa pendek. Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya.
Sebaik
saja pintu terbuka, Terpacullah wajah JaTt dengan rambut yang kusut
masai. "Hai..JaTt. Apa kena dengan kamu? Selalunya "smart" memanjang.
Hari ni lain macam aje?", Usik eZZa. JaTt hanya terseyum tawar. Dia
masuk tanpa dijemput dan melabuhkan punggungnya di sofa. "Zaa...can
you please sit down..", pinta jaTt. eZZa mengerut dahi. Apa kena dengan
si jaTt ni agaknya?, detik hatinya. "Please...I have something very
important to tell you...", pinta jaTt lagi. EZZa semakin hairan. Tetapi
dia duduk juga seperti mana yang dipinta. jaTt tertunduk. Tidak tahu
begaimana untuk memulakan perbualannya. "Za...apa pun yang jaTt nak
sampaikan ni, jaTt nak Za sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati
yang tenang...", perlahan ayat yang keluar dari mulut jatt. "Apa yang
you merepek ni jaTt?". Teka-teki terus bermain di benak eZZa. "Za.......peZal....peZaL
kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Za...", tersekat-sekat kekata
itu keluar dari mulut jaTt. eZZa tertawa kecil. "Sandiwara apa pulak
yang jatt lakonkan nie..mengarut betul? peZaLkan ada di rumahnya tika
dan saat ini.
Apa ni
jaTt...kalau nak bergurau pun biarlah bertempat...", balas eZZa. "I'm
serious Za.....jaTt yang saksikan sendiri.." eZZa terpegun. Mana mungkin
jaTt berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya.
Di bilik anak-anaknya. gurauan apakah ini..gumamnya sendiri... "jaTt.....apa
yang jaTt repekkan ni...peZaLkan dah balik. Dia ada dekat bilik anak
I. I baru berbual dengan dia ...." "Apa? peZaL dah balik?", terbeliak
mata jatt. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala
peZaL di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir.
Malah, dia sendiri melihat bagaimana peZaL dirempuh lori tanah ketika
melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Machap tadi. Dan setelah
jenazah peZal dibawa ke hospital dengan diikuti mofazha dan abdul samad,
dia terus memecut menuju ke Johor Bahru untuk ke rumah peZaL. Dia mahu
menyampaikan berita buruk ini pada eZZa sendiri. Dia tahu betapa wanita
ini cukup menyintai suaminya.
Tadipun
sebelum masuk ke rumah ini, dia telah menelefon mofazha untuk memastikan
segala urusan membawa jenazah peZal pulang berjalan dengan lancar. Mana
mungkin peZaL pulang ke rumah? "jaTt...you dengar tak apa Za cakap?
PeZal dah balik...", eZZa mengejutkan jaTt dari lamunannya. "Za...jaTt
tak tahu apa nak kata apa. Tapi percayalah, jaTt sendiri yang melihat
kejadian itu. peZaL meninggal di pangkuan jatt....." "Bohong...peZaL
dah balik...Nanti biar Za panggil dia....", eZZa semakin binggung. Apa
tujuan jaTt bercerita yang bukan-bukan padanya? Pantas dia menjenguk
ke bilik anak-anaknya. peZaL tiada di situ. Ah! Tentu peZaL di bilik
mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil memanggil nama peZaL. Tiada
respon, Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu peZaL mungkin ke sana.
Tiada juga. Akhirnya setelah penat mencari, eZZa terduduk di ruang makan.
Di samping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan
kanannya.
Apakah
benar yang jaTt sampaikan? Mimpikah dia? JaTt hanya memerhati gerak-geri
eZZa. Pilu hatinya melihat eZZa berlari ke sana-sini mencari peZaL yang
dikatakan sudah pulang. "Za...arwahnya, mengamanatkan sesuatu...", jaTt
menghulurkan kotak berwarna merah. eZZa hanya mampu memandang tanpa
suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang jaTt hulurkan disambut juga.
Perlahan-lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang
zamrud. Terlopong mulut eZZa. "Rasanya ada barang yang hilang dari kotak
tu. Kelmarin masa arwah beli, jaTt pasti benar ada seutas gelang zamrud
bersama subang tu...tapi puas jaTt cari, tak jumpa juga". Begitu sayu
suara yang keluar dari mulut jaTt. eZZa memandang jaTt. Terkedu. Air
jernih sudah deras mengalir dipipinya. Baru dia teringat akan gelang
zamrud pemberian peZaL. Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. "Ini
ke jaTt?", tanyanya perlahan. JaTt tersentak. "Benar!" Itulah yang dilihatnya
semasa peZaL membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus-putus peZaL
menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk isteri tercintanya.
Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan eZZa?
Apakah
benar keterangan eZZa bahawa peZaL sendiri yang pulang menghadiahkan
gelang itu kepada eZZa? Kalau benar, bagaimana? Yang nyata di bumi Allah
ini tiada yang mustahil dengan izinNya. eZZa hanya mampu menangis. Dia
memandang 'kari-kapitan' yang belum tersentuh dan milo ais yang belum
terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar
begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis.
Kalau benar pezal sudah tiada.. sebagaimana kata jaTt, siapa pula yang
datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya? Sungguh sukar untuk
eZZa menerima kenyataan ini. ……….dan ketika ruang rumahnya dipenuhi
dengan suara bacaan surah "Yassin", eZZa masih mengharap akan kepulangan
peZaL, sambil memeluk kedua-dua anaknya yang masih terlalu kecil untuk
memahami segala-galanya. Hanya apabila jenazah peZaL tiba di rumah,
barulah eZZa yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk meninggalkan eZZa
buat selama-lamanya. Yang tinggal kini, hanya seutas gelang zamrud yang
menjadi saksi diatas kesucian, kesetiaan dan kejujuran cinta mereka.
Sidang
A DPA 1/2002
|