sekapur sireh berita dpa sudut kreatif profail album buku pelawat
halaman utama BERITA DPA
  MALAM BULUH PERINDU DPA Oleh June Suhaila
 

Bukit Kiara, 28 Oktober 2002 Biro Sosial dan Kebudayaan, DPA, telah mengadakan malam Buluh Perindu di Dewan Seri Baiduri, INTAN, Bukit Kiara. Menurut pengarah projeknya, saudara Azam Aini, program ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan kemesraan di antara para peserta DPA dengan pihak UDPA. Objektif lain adalah untuk memastikan perkembangan yang menyeluruh dikalangan para pesertan DPA bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga bukan akademik. Di antara aktiviti yang diadakan termasuklah tarian, cabutan bertuah, nyayian karaoke dan anugerah sepanjang tahun. Penerima anugerah telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu anugerah UDPA dan anugerah untuk DPA.

Senarai anugerah UDPA dan DPA adalah seperti berikut :-

   
 
Mr Sporting of the Year   Miss Best Grooming of the Year
En Abd. Halim bin Abd. Hamid   Saudari Harizan Binti Husin
     
Mr. Unpredictable of the Year   Mr. Eligible Bachelor of the Year
En. Mohd Zamani bin Harun   Saudara Nik Mohd. Shariffudin Nik Hassan
     
Mr. Breakthrough of the Year   Best Couple of the Year
En. Salim bin Parlan   Saudara Zamrud bin Yahya & Saudari Suhaiza
     
Mr. Outstanding of the Year   Mr. Generous of the Year
En. Azizul bin Alias   Saudara Azmy bin Mohd. Ali
     
Mr. Nice Guy of the Year   Mr. Shy Guy of the Year
En. Mohd. Mahyuddin bin Yahya   Mr. Farulizam bin Che Meh
     
Mr. Congeniality of the Year   Anugerah Penghargaan Tok Sidang A dan B
En. Nazli bin Mohd. Taib  

Saudara Zulhisham Ahmad Shukori (A)

    Saudara Arzi Fareen bin Hj. Faisal (B)
Mr. Schema of the Year    
En. Ahmad Jeffry bin Aziz @ Adan   Anugerah Khas bekas Tok Sidang A
    Saudara Paul Sazin Anak Riget
Miss Talented of the Year    
Saudari Anom Akmar    
     
Tahniah diucapkan kepada para pemenang anugerah.
 
  MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! Oleh Juziana Mat Zain
  Kuala Lumpur, 27 Ogos, 2002 (Selasa)- Seramai 162 peserta Diploma Pengurusan Awam (DPA) Sesi 1/2002 telah berpeluang menonton teater yang bertajuk Merdeka!Merdeka!Merdeka! arahan Pengarah Filem yang terkenal iaitu Dato' Jins Shamsuddin di Istana Budaya. Lawatan ke Istana Budaya ini adalah anjuran Biro Sosial dan Kebudayaan, Diploma Pengurusan Awam kepada semua peserta DPA sempena menyambut Bulan Kemerdekaan Malaysia. Teater ini yang dilakonkan oleh watak utamanya iaitu Jalaludin Hassan sebagai Tunku Abdul Rahman dan Man Bai sebagai Dato' Onn mengisahkan detik-detik bersejarah sebelum Malaysia mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.Teater ini telah memberi keinsafan kepada kita agar tidak lupa akan perjuangan wira-wira negara dan seterusnya meniupkan semangat patriotik di kalangan kita semua. Secara keseluruhannya, program ini telah mendapat sambutan yang baik di kalangan para peserta dan ada yang berpendapat bahawa program seperti ini harus diteruskan pada masa yang akan datang.
   
 

TEATER MERDEKA by Gaddafi

  Kuala Lumpur, 27 Ogos 2002 - 162 DPA participants and the Project Coordinators of UDPA had the chance to view the play Merdeka! Merdeka! Merdeka! here at Panggung Sari, Istana Budaya The powerful play chronicles the sequence of historical events before Malaysia achieved her independence. The 5 hours long play is currently the most expensive, costing RM2 million. The team behind Merdeka! Merdeka! Merdeka!includes Datuk Jins Shamsuddin as the Director, Datuk Seri Abdul Kadir Syeikh Fadzir as the scriptwriter, Aminah Rapor as the Assistant Director and Dr Hatta Azad Khan as the Artistic Director. The play left DPA participants awed as the Director, Datuk Jins Shamsuddin brought the audience memory back to the significant events, such as the Malayan Union issues, the formation of Alliance by Tunku Abdul Rahman that eventually led to the Merdeka Agreement and the proclamation of Malaya on August 31, 1957. Adding colour to the play are among others, Jalaludin Hassan as Tunku Abdul Rahman, Man Bai as Datuk Onn Jaafar, Hani Mohsin as Tun Dr Ismail, Liza Othman as Cikgu Zainon and Vanida Imran as Musalmah. Sensitive issues were put forth such as how the special position of the Malays came to be, the jus soli principle, and the demands of Tun Tan Cheng Lock and Datuk V.T. Subramaniam before the first General Election was held. To most of the DPA participants, it was indeed an enlightening experience to watch history brought to life in the 1,446 seats theatre. The play wrapped up at midnight with all the viewers stood and sang Negaraku.
 
  Majlis Penganugerahan INTAN Fellow oleh June Suhaila & Idayuwati
 

Bukit Kiara, 11 Ogos 2002 INTAN sekali lagi mengukir kenangan manis apabila berjaya menganjurkan Majlis Penganugerahan INTAN Fellow yang berlangsung pada 10 Ogos 2002, bertempat di Dewan Bankuet IMATEC. Majlis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan dan penuh adat istiadat ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat serta orang kenamaan dari sektor awam. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Yang Bhg.Tan Sri Samsudin Osman; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Yang Bhg. Tan Sri Jamaluddin Hj. Ahmad Damanhuri; Pengarah INTAN, Yg. Bhg. Dato' Dr Zulkurnain Hj. Awang dan semua Ketua Setiausaha Kementerian. Anugerah Fellow INTAN pada tahun ini telah dianugerahkan kepada Yang Berbahagia Dato' Dr. Mohd Shahari bin Ahmad Jabar. Penganugerahan ini bertepatan dengan kriteria pemilihan Fellow INTAN, di mana beliau telah menunjukkan kecemerlangan dalam perkhidmatan awam serta menyumbangkan jasa kepada kemajuan latihan bagi pegawai - pegawai awam di negara ini. Di samping itu, beliau juga banyak berjasa kepada masyarakat dan mempamerkan nilai ketokohan yang tinggi sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Pada hari tersebut juga telah berlangsung upacara penyampaian Diploma Pengurusan Awam (242 orang) , Diploma Sains Pengurusan (57 orang) dan Diploma Pengurusan Maklumat (18 orang) kepada peserta kursus. Penerima empat anugerah utama bagi Diploma Pengurusan Awam juga telah diumumkan di mana penerima anugerah tersebut adalah seperti berikut:

Anugerah Perdana Menteri ( Terbaik Keseluruhan ): Encik Rosli bin Yaakob

Anugerah Ketua Setiausaha Negara ( Terbaik Kepimpinan ): Cik Mazita bt Marzuki

Anugerah KPPA ( Terbaik Akademik ): Cik Siti Salmiah bt Hj. Dimyati

Anugerah Pengarah INTAN ( Terbaik Kokurikulum ) : Encik Nazli bin Mohd Taib

Setinggi - tinggi tahniah diucapkan kepada penerima anugerah Fellow INTAN dan juga kepada semua penerima anugerah utama DPA. Semoga kejayaan mereka dapat menaikkan semangat kita untuk meneruskan tradisi kecemerlangan ini.

 
  Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bersama PTD Muda & Lafaz Ikrar Perkhidmatan
  Putrajaya 22 Julai 2002 Pada 22 Julai 2002 (Isnin) bersamaan 11 Jamadilawal 1423, para peserta Diploma Pengurusan Awam (DPA) telah mendengar amanat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam iaitu Y.Bhg Tan Sri Jamaluddin Haji Ahmad Damanhuri mengenai kerjaya Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Majlis perjumpaan ini telah diadakan di Auditorium Parcel C, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. Para peserta DPA yang terdiri daripada 324 peserta ini telah memulakan majlis dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu DPA dengan begitu bersemangat sekali. Selepas itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPP), telah berucap untuk menyampaikan amanat . Antara intipati amanat beliau ialah betapa pentingnya menyemai budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya pada PTD muda. Melalui pembacaan, kita boleh menambah ilmu pengetahuan dan memahirkan diri dalam sesuatu perkara. Selain itu, beliau juga turut menekankan agar semua PTD muda dapat menghayati etika perkhidmatan awam yang telah digariskan dan berusaha untuk bekerja bersungguh-sungguh tanpa memikirkan ganjaran. Selepas mendengar amanat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, para peserta telah membuat lafaz ikrar perkhidmatan yang telah diterajui oleh Penghulunya iaitu Saudara Zamrud bin Yahya. Majlis perjumpaan ini diakhiri dengan majlis jamuan ringan.
 
  MODUL DISIPLIN DAN KETAHANAN DIRI : MAKTAB PEGAWAI KANAN POLIS DIRAJA MALAYSIA KUALA LUMPUR Oleh: Suhaila
  CHERAS 7 JULAI 2002 Seramai 81 orang peserta Kumpulan B Diploma Pengurusan Awam (Intan) bagi Sesi 1/2002 telah berjaya mengikuti Modul Ketahanan Diri : Polis yang berlansung selama seminggu dari 7 Julai 2002 sehingga 13 Julai 2002. Modul ini telah diadakan di Maktab Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur. Tiga objektif utama modul ini adalah untuk memahami secara menyeluruh peranan, fungsi dan tanggungjawab Polis DiRaja Malaysia, memberi pengetahuan asas penguatkuasaan undang-undang dan kepolisian dan memupuk disiplin diri yang kukuh, bersemangat tinggi dan sanggup melaksanakan tugas dalam situasi mencabar. Dalam modul ini, para peserta telah mengikuti latihan kawad, taklimat kursus dan latihan senjata. Pada 9 Julai 2002, para peserta telah membuat lawatan dan latihanamal di Cawangan Trafik Kuala Lumpur daripada pukul 8.30 malam sehingga pukul 3.30 pagi. Aktiviti ini telah mendedahkan para peserta dengan pengalaman bagaimana operasi trafik dilaksanakan. Pada 11 Julai 2002, para peserta telah membuat lawatan dan latihamal di IPD Brickfield dan Cheras. Para peserta telah didedahkan dengan tugas-tugas dan sistem pentadbiran polis. Pada 12 Julai 2002, para peserta DPA telah menbuat latihan menembak di Lapang Sasar PGA Cheras. Pada sebelah petangnya pula para peserta dikehendaki mengambil peperiksaan bertulis bagi modul ini. Sebagai acara kemuncaknya, satu Majlis Jamuan Makan Malam telah diadakan pada sebelah malamnya di Dewan Makan Bankuet. Para hadirin juga telah dihidangkan dengan beberapa acara persembahaan oleh para peserta DPA. Majlis Jamuan Makan Malam tersebut telah dihadiri oleh Komandan Maktab iaitu SAC II Yahya bin Udin Penyelaras Projek Kanan UDPA Encik Salim bin Parlan. Di akhir Modul ini iaitu pada 13 Julai 2002. para peserta telah dianugerahkan dengan sijil kursus dari Komandan Maktab. Seramai empat peserta telah mendapat anugerah iaitu Encik Ronny Brandon bin Banian bagi Anugerah Kawad Terbaik, Cik Harizan binti Hussein bagi Anugerah Penembak Terbaik, Puan Murni Hidayah Muniamah binti Abdullah bagi Anugerah Akademik Terbaik dan Cik Mutazira binti Abdul Mubin bagi Anugerah Keseluruhan Terbaik. TAHNIAH diucapkan kepada keempat-empat peserta tersebut.
 
  PASUKAN BOLASEPAK 'DREAM TEAM' DPA SESSI 1/2002 oleh Afizal
 

BUKIT KIARA, Isnin Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) sessi 1/2002 telah mengadakan satu sessi pemilihan bagi mengenalpasti dan memilih pemain-pemain bolasepak yang berbakat yang akan mewakili pasukan bolasepak DPA di dalam pertandingan-pertandingan yang bakal disertai kelak. Sessi pemilihan ini dibuat oleh para penilai yang berpengalaman di dalam arena bolasepak. Di dalam sessi pemilihan ini, para panel pemilih telah mengenalpasti seramai 26 orang pemain yang berpotensi dan berbakat besar yang akan membawa cabaran dan bakal mengharumkan nama pasukan DPA 1/2002 kelak.

Pemain-pemain bolasepak yang mewakili DPA mengadakan sessi latihan pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu di bawah kelolaan Encik Azora dan Encik Suresh. Pasukan DPA 1/2002 juga telah mengadakan beberapa sessi perlawanan ujian sepanjang bulan Jun 2002 untuk memantapkan lagi kemahiran dan kesefahaman di antara pemain. Dalam pada itu, pasukan DPA 1/2002 akan meneruskan cabaran melalui perlawanan persahabatan dengan pasukan Jabatan Perkhidmatan Awam yang akan diadakan pada 27 haribulan Jun 2002 bertempat di padang INTAN pada pukul 5:30 petang.

Berikut adalah senarai nama bintang-bintang atau pemain-pemain yang bakal menyarung jersi Kurus DPA 1/2002:-

Penjaga Gol 1. Zakwan bin Azahari 2. Amino Agos Bin Suyub 3. Mohd Adli Bin Abdullah 4. Mohd Ridzuan Bin Ab.Ghapar Pertahanan 5. Peter Dennis 6. Paul Sazin Anak Riget 7. Suresh Kumar A/L K. Rengasamy (Kapten) 8. Abang Irzarruddin Bin Abang Alias 9. Mohd Zulkarnain Bin Abdul Kadir 10. Ahmad Khirizal Bin Abdul Rahman 11. Zainal Izran Bin Zahari 12. Saiful Hazwa Bin Kipli 13. Pardon Bin Munawar Tengah 14. Sulaiman Yaakob Bin Ayob 15. Mohammad Naim Bin Idris 16. Afizal Bin Kasa 17. Kalithasan A/L Kaliappan 18. Huzunul Khaidil Bin Mohammed 19. Jeffery Bin Yon 20. Amirul Azizan Bin Dato' Abd Rahim 21. Azora @ Ahmad Bin Shamsudin Penyerang 22. Stanley Tan 23. Shazril Fariza Bin Faridam 24. Iddi Kifla Bin Mohd Taib 25. Ismail Bin Mohd Zawawi 26. Sharuddin Bin Jali