SELAMAT
DATANG kepada pengunjung-pengunjung Versatile
sekalian. Setelah beberapa ketika dibiarkan tanpa sebarang 'update', kini VERSATILE kembali untuk terus memberikan maklumat terbaru tentang rakan-rakan kita di setiap kementerian dan jabatan.
Bulan Februari hingga Mei merupakan bulan bertuah untuk rakan-rakan kita kerana banyak tarikh-tarikh ‘penting’ yang dipilih oleh mereka untuk melangsungkan hari ‘bersejarah' iaitu majlis pertunangan dan juga perkahwinan. Tahniah kepada semua pengantin dan bakal pengantin!
Pada 19 Mei, genaplah setahun kita memasuki Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik, walaupun pada hakikatnya baru 6 bulan kita berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan (setelah berkursus selama 6 bulan). Di sini VERSATILE ingin mengucapkan SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA kepada rakan-rakan PTD sekalian mudah-mudahan segala kebolehan dan kemampuan kita akan dicurahkan sepenuhnya untuk memajukan perkhidmatan awam dan juga diri kita sendiri.
Untuk makluman rakan-rakan semua, sebarang maklumat tambahan untuk profail pegawai (email jabatan, no telefon pejabat dll) bolehlah diemailkan kepada pihak VERSATILE untuk dikemaskini.
Selamat Melayari VERSATILE!
SYAHNAZ
AKHTAR
|